Kerana hari ini lebih baik dari semalam..

pendeta, khutbah & tazkirah, ilmuJune 24, 2008 5:47 am

Assalamualaikum…

It has been so long I did upload any entry. Today I’d like invite everyone to this talk. Have fun.

 

 

 

Maidstone Mosque,
36 Studley St, (off Balarat Road)
Maidstone, Footscray 

Happy Marriages. 

pendeta, khutbah & tazkirah, selamat pagi melbourne (SPM), ilmuJune 18, 2008 8:53 am

"When people asking u question, the first thing u should do is saying, Thank you for asking my religion", Yusuf Estes. For 2 days, he was on trip to Melbourne to give talks, I was very impressed to go. He was very very good. From priest becoming Islam, and make dakwah throughout the world, he really holds the faith tightly.

When I saw him on youtube, he was amusing, always putting jokes when talking. But among all of the advise he gave, I remember this saying as the best. "If you can be nice, then be fair". It’s true. Not ALL people can be nice to ALL people. Some people be nice towards their allies. But this saying really have deep impact on me. Aha..now I must learn how to be fair witout neglecting how to be nice.

At first, I hesitated about going to the talks because they were held for 2 days at Copland Theatre on weekends, Saturday and Sunday. But my papers were on Tuesday, Organic Chemistry and Wednesday, Quantum Mechanics.

Maka melangkahlah aku dengan berat hati kerna aku sangat yakin pada Hikmah Tuhanku.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.          Baqarah 2:216

Terima kasih Yusuf Estes kerna sudi meluangkan masa utk kami di sini.

pendeta, khutbah & tazkirah, selamat pagi melbourne (SPM), madah hikmah, ilmuJune 7, 2008 2:50 am

Ketahuilah ~ Wahai saudaraku yg sgt berminat dan mempunyai perhatian dlm mencari ilmu, yg telah menunjukkan cita-cita yg tinggi dan rasa yg sgt dahaga terhadap ilmu pengetahuan ~ seandainya engkau berniat dgn mencari ilmu ini utk berlumba-lumba dan mendapatkan kemegahan dan terkemuka di kalangan kawan2 dan utk menarik perhatian org ramai terhadap dirimu dan menghimpunkan akan kekayaan dunia, maka sebenarnya engkau telah berusaha menghancurkan agamamu dan membinasakan dirimu sendiri dan menjual akhiratmu utk mendapatkan harta dunia, maka penjualanmu adalah rugi dan perniagaanmu porak peranda dan guru yg mengajarmu adalah dikira menolongmu dlm membuat maksiat dan dia juga akan merasakan kerugian. Ketika ini guru yg mengajarmu itu laksana seorang yg menjual pedang kepada perompak.

Dan jikalau niatmu dlm mencari ilmu itu utk mencari keredhaan Allah dan mencari hidayah, bukan semata-mata utk pandai bercakap maka hendaklah engkau bergembira kerana para malaikat sedang mendoakan utkmu. Tetapi sebelum itu hendaklah engkau ketahui bahawa hidayah itu adalah buah daripada ilmu dan bagi hidayah itu ada bidayah(permulaan) dan ada pula nidayah(kesudahan). Semulia-mulia pengakhiran adalah husnul khatimah.

 

Semalam dapat 1 msg dari mak, sungguh terharu. Tatkala airmataku hampir bercucuran, berkilau bak harapan seorang emak kepada anaknya. Ketika kesunyian, ketika kesusahan, harapan disandar pada Tuhan yg Esa, Yg memiliki Arasy yg Agung, Pemilik langit dan bumi serta apa yg ada antara keduanya.

Sms emak ; Mak hari2 doa anak-anak mak berjaya dunia akhirat. 

Tatkala kerunsingan dan tekanan memuncak, Khutbah Jumaat semalam menyedarkan aku bahawa masih ada lagi The Most Anxious Day, hari ketika perhitungan dilakukan di Padang Masyhar. Betapa gelisahnya manusia, ada yg berpeluh hingga ke leher dan ada yg paras lutut. Seolah-olah aku kembali tersedar, dunia ini hanya persinggahan, yg sementara. Mengapa perlu gusar utk final exams? Bukankah kegusaran terbesar hanya berhak di Padang Masyhar?

Saat ini, aku kembali berkali-kali muhasabah nasihat ayahandaku, Imam al-Ghazali. 

Selamat menghadapi imtihan utk saudara2ku 

pendeta, khutbah & tazkirah, selamat pagi melbourne (SPM), ilmuMay 17, 2008 3:03 pm

Alhamdulillah, hari ini hujan dari pagi hingga ke tengah hari. Boleh saja aku berehat di rumah. Match bola dibatalkan. Segala-galanya selamat.

Entah mengapa aku sgt sukakan hujan sejak kanak2 lagi. Malah hobiku juga adalah melihat dari sudut tingkap hujan turun. Hafiz membuka jendela tingkap, hujan turun renyai2. Biasanya aku juga akan membukakan jendela. Tapi kini perasaan itu makin pudar, hilang bersama muhasabah.

Dulu kalau hujan, cepat2 nenek mencari baldi,tong utk mengumpulkan air hujan. Katanya, "air hujan ni bagus,kalau hujan cepat2 la berdoa pada Allah. Selalunya Allah akan makbulkan doa kita." Selain selepas solat, dalam sujud dan antara dua khutbah, waktu paling afdhal berdoa ialah semasa hujan. Tak tahulah sejauh mana kebenarannya. Tapi hujan memang menghambakan aku.

Mungkin juga bertawasul seperti itu dibenarkan. Tapi yg pasti keadaan di kampung yg kekurangan air memaksa penduduk kampung mengumpul air ketika hujan. Kalau sekakat nak berdoa, tak payah guna tong, letak saja cerek/kettle atas tanah. Lepas tu rebus terus air hujan dan baca Yassin. Tapi bukan satu tong kami kumpul, 3,4 tong besar. Macam tangki air dalam rumah teres.

Ketika hujan, inilah yg aku harapkan utk sujud hingga menitiskan air mata pada sejadah seperti mana menitisnya hujan di muka bumi. Di situ lahir suatu pengharapan pada Allah, kebesaran Allah terhadap sesuatu di alam ini. 

 

Demi langit yg mengandung hujan,
Dan bumi yg mempunyai tumbuh-tumbuhan       at-Tariq  86:11,12

Allah-lah yang telah menciptakan langit dan bumi dan menurunkan air hujan dari langit, kemudian Dia mengeluarkan dengan air hujan itu berbagai buah-buahan menjadi rezki untukmu; dan Dia telah menundukkan bahtera bagimu supaya bahtera itu, berlayar di lautan dengan kehendak-Nya, dan Dia telah menundukkan (pula) bagimu sungai-sungai.     Ibrahim 14:32

 

Kali ini, gagal sekali aku menitiskan air mata meskipun pakaianku basah merendah hujan menuju ke Brunswick Mosque. Apa kegagalan di situ? Kesempatan ini aku rebut utk muhasabahkan diri beberapa ketika. Teringat pesanan abg Yous, "bila berdoa, kita mesti berdoa utk diri sendiri dulu, kemudian pada ibu bapa dan yg lain. Disitu, kita mengutamakan diri, bukan mementingkan. Biar diri kita rasa diperhambakan, rasa lemah, hanya bergantung pada Allah."

Hari ini semuanya kerja tak jadi. Tidurku begitu lama. Hanya sempat mghabiskan past exams utk Organic Chem, dan memulakan assignment thermal physics yg rumit. Terima kasih pada Hafiz, roomateku yg membantu dlm mengendalikan Microsoft Excel. Sempat juga melakar graf entropy.

Putus asa.

Ibrahim berkata: "Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Tuhan-nya, kecuali orang-orang yang sesat."   
al-Hijr 15:56.

Dulu aku sgt gemar bermain dlm hujan. Tapi kini hujan mengandungi acid, yg dtg dari carbon dioxide, chlorine, dan asap2 kenderaan mencemarkan kesucian hujan. Chlorine yg larut dlm hujan membentuk hidrochloric acid dan hipochlorous acid. Tahukah kamu apakah hipochlorous acid? Ia adalah peluntur yg digunakan dlm detergen (bleaching agent).

Saat ini tenang sekali. Sunyi. Masa yg sgt sesuai utk berkomunikasi bersama Allah. Doa. Pintu langit telah terbuka, maka berdoalah agar hajatku dimakbulkan Allah. Aku bersyukur.

 

Ku harapkan hujan menjelma,
Kala bumi sedang meminta,
Setitis rahmat dari ar-Rahman,
Sebuah doa aku pulangkan,

Saat kemarau bermukim,
Hujan membawa khabar gembira,
Keluhan manusia tak pernah luput,
Kala hujan diertikan bala,

Setelah hujan, ramai sekali yg kufur

 

Dan Allah menurunkan dari langit air (hujan) dan dengan air itu dihidupkan-Nya bumi sesudah matinya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang mendengarkan (pelajaran).      an-Nahl 16:65

 

Menelaah dlm hujan memberikan ketenangan, muhasabah semasa hujan begitu mendamaikan. Terasa diri ini memang diperhambakan.

"membebaskan diri dari sebarang perhambaan kepada perhambaan kepada Allah", Sayyib Qutb. 

Bila lagi nak hujan? 

pendeta, khutbah & tazkirah, qur'an & hadith, selamat pagi melbourne (SPM), ilmuMay 1, 2008 2:07 pm

Saat di kala kesedihan melanda jiwa, runtuhan hati berlaku. Hilangnya marak tabah yg di war-warkan di permulaan. Pudarnya sebuah cinta terhadap segala perbuatan. Namun itulah hakikat. Hakikat sebagai manusia yg mempunyai jiwa, hati, akal dan perasaan.

Ketika musim panas berada di penghujung, ramai mengeluh kepanasan, 38 - 41 C. Ketika musim sejuk menggantikan musim luruh, ramai mengeluh kesejukan, < 10 C.

19. Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir.

20. Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah,

21. dan apabila ia mendapat kebaikan ia amat kikir,

22. kecuali orang-orang yang mengerjakan shalat,

23. yang mereka itu tetap mengerjakan shalatnya,

70 : al-Ma’aarij

Hari ini hujan. Saya terpaksa ke kampus dgn tram. Esok? Belum tentu lagi. Ramalan cuaca hanyalah ramalan. Sedangkan kuasa di tangan Tuhan. Andai kata esok hujan sedang ramalan cuaca berkata tidak hujan, pasti ramai lagi yg menyumpah seranah. Aha..sifat marah pula mengundang. Itu sifat manusia.

Tetapi ramai sekali gagal mendalami hakikat bahawa kita ini manusia. Saya amat sukakan kata2 dari Abu Saif, "kenal diri, kenal Tuhan, lupa Tuhan, lupa diri". Sejauh mana ketabahan kita ketika mendakwa kita perlu tabah tetapi dalam masa yg sama menyalah masyarakat sekeliling kerna tidak fahamkan Islam.

Kerna itu saya lebih tertarik dgn pendekatan dakwah TABLIGH. Di mana, in the first place mereka meletakkan mencari keredhaan Allah semata-mata dalam berdakwah. Teringat kata2 Pak Cik Nuim ketika Maulidur Rasul di Malaysian Hall, "Allah said to Muhammad SAW; you give them the message but I’ll give them syahadah (hidayah)." Sungguh hidayah itu milik Allah. Hinggakan Rasulullah sendiri pun tak dapat memberi hidayah kepada Abu Thalib. Tetapi aneh, ramai dai’e di masa ini lebih gemar mengumpul pengikut. Seolah-olah mereka MAMPU memberikan hidayah.

Bila bicara tentang tabligh, pasti stereotype orang ramai begitu negatif. Mengapa melihat yg buruk? Jika yg baik itu adalah hak seorang Muslim, maka apa salahnya di guna pakai. Kita terlalu prejudice. Terlalu pride dgn apa yg ada hingga menolak yg kebaikan yg lain. Di mana ada jalan kebaikan, di situlah peluang kita utk meningkatkan iman, mengumpul amal.

Saya agak malu ketika menerima sms dari Sheikh Abu Aslam. Beliau sgt mgharapkan ramai pelajar dari Melbourne Univ datang ke kuliahnya. Berkali-kali beliau sms saya. Namun hanya saya lelaki Melayu terakhir yg sempat bertandang ke kuliahnya. Selama 3 jam duduk mendengar kuliah tentang tafsir Surah Al-Fatihah, terasa hati ini begitu kerdil, betapa agungnya Allah. Lihat saja pada kalimah The Lord of Al-Amin (Tuhan sekalian alam). Biarpun ada sejuta alam ie alam manusia, alam jin, binatang dll, Allah tetap Tuhan yg satu, Tuhan segala-gala alam. Dari segi bahasanya, beliau mengulas mengapa kalimah uprigth path lebih sesuai dari kalimah rigtheous path (Jalan yg lurus). Satu kupasan yg cukup menarik dan istimewa.

Bagaimana beliau menceritakan tentang kepentingan surah,sirah Nabi, hinggalah kepada adab2 berdoa di dalam surah Al-Fatihah, cukup utk membuktikan al-Fatihah itu sebagai Ummul Kitab. Tak mungkin perjalanan 40 minit ke Maidstone Mosque terbazir begitu sahaja.

Jika ini jihad, jika ini dakwah dan tarbiyyah diri, maka aku rela melaburkan masa, perjalanan, wang ringgit demi agamaNya.

 

Ini adalah part 1 dari The joy from your Prayer oleh Sheikh Abu Aslam. Part 2 saya terlepas kerna kesilapan diri sendiri.  

 

 

pendeta, khutbah & tazkirah, selamat pagi melbourne (SPM), ilmuApril 11, 2008 2:36 pm

Sejarah bermula dari seorang, berkembang kepada umum dan lazimnya masyarakat itu menyambung kembali perjuangan pemula tadi. Siapakah pemula itu? Tentulah Muhammad SAW. 13 tahun Rasulullah membina iman, membentuk akidah penduduk di Mekah hinggalah diperintahkan Allah utk ke Madinah. Satu tempoh yg lama, bertahun-tahun membina iman dan menjauhi taghut, mengajak sekalian manusia utk "menyerahkan diri" kepada Allah. Sabar, optimis, istiqamah itulah yg membentuk jiwa kental Rasulullah.

Hijrah Rasulullah ke Madinah adalah atas ketaatan Baginda dan para pengikutnya terhadap Allah. Rasulullah menyatukan dua kaum, ansar dan muhajirin, seterusnya membina kerajaan Islam Madinah, negara Islam pertama dimana Piagam Madinah menjadi teras perlembagaan. Relevannya umat Islam kini, paling ramai diatas muka bumi tetapi di tindas oleh Yahudi. Di mana kita? Kegemilangan Salahuddin al Ayubi, Muhammad Al Fateh tenggelam dek kelalaian kita terhadap dunia.

Bersatulah demi agama, bukan bangsa.

Entah mengapa sejak akhir2 ini, keadaan di tanah air sendiri menyeru aku utk bangun mempertahankan Islam. Mungkin sekarang kesedaran terhadap sejarah mendorong diri ini utk bertadabur seketika; menghayati detik2 lalu yg byk disia-siakan.

Masa depan

Selamatkah anak cucuku nanti? Bebaskah mereka mengamalkan Islam sewajarnya seperti tuntutan syariat? Dapatkah anak-anak perempuanku melabuhkan kain kudung ke dada? ataupun perlembagaan mengharamkan HIJAB seperti Turki dan beberapa negera lain. Meskipun, belum beristeri, tapi masa depan perlu di rancang hari ini, bukan esok, bukan 5 tahun lagi. Tatkala Nabi Ibrahim AS runsing nasib anak2 Baginda; Apakah yg akan kamu sembah setelah aku wafat? Masakan aku boleh berdiam diri, hanyut kerna mengejar 1st class honours dan wang 5 digit.

14:35 "Dan (ingatlah), ketika Ibrahim berkata: ""Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini (Mekah), negeri yang aman, dan jauhkanlah aku beserta anak cucuku daripada menyembah berhala-berhala.

14:40 Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan salat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.

14:41 "Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapakku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)"

Pemusatan amal Islami

Setelah bertahun-tahun MEMERHATI dan MERASAI, aku gagal menyesuaikan diri dalam keadaan berjemaah. Pemusatan terhadap fikrah jemaah menyebabkan hilangnya jati diri, hilang keikhlasan didalam beribadat dan hidup gelisah. Jalan keluar terbaik ialah mengeluarkan diri dari jemaah, seketika utk muhasabah dan mencari identiti diri yg hilang. Oleh kerna keperluan berjemaah ini terlalu tinggi, hingga Umar al Khattab pernah berkata; "tiada Islam tanpa jemaah", aku TERPAKSA meletakkan diri di dalam jemaah TABLIGH supaya tidak terus hanyut oleh arus dunia. Hidup ini tersepit di tengah2 kejahilan manusia, di tengah2 keluasan maksiat dan kesibukan serta tekanan masyarakat.

Tabligh.. Mengapa sering di salah erti?

Pandangan negative selalu menghujani jemaah tabligh. Yg cuma kadang di katakan terlalu ekstreme dalam beribadat selain menggunakan hadith2 dhaif di dalam fadhilat amal. Keadaan yg sama berlaku pada tarikat/sufi. Walaupun hakikatnya tidak selalu begitu.Di situ kita gagal mengambil nilai-nilai positif akhlak2 murni jemaah tabligh dan ketawadhukan mereka.

Perbaikilah dirimu, dan serulah orang ke arah kebaikan..   al-Qur’an

Satu pencarian dalam kehidupan

Aha..seakan-akan sama tema dgn saifulislam. "Lupa Tuhan, lupa diri", saifulislam. Mungkin benar kalau aku merenung seketika. Dimana aku meletakkan Allah selama ini. Ingatkah kisah Nabi Ibrahim mencari Tuhan? Bagaimana Baginda bermula. Ini kisah Iman dan akidah yg sering di remeh-temehkan kebanyakan orang. Sejauh mana kita mengimani al Qur’an tatkala solat 5 waktu menjadi rutin? Sejauh mana kita yakin memandang akhirat sebagai destinasi dikala Haji dan zakat telah di tunaikan? Penilaian yg baik sebagai satu permulaan. Hidup mesti di teruskan di atas satu jalan yg lurus. Tabahkah aku menghadapi ujian setelah mengaku percaya pada Qadha dan Qadar ie ketentuan Allah?

Satu kata2 dari abg Yous yg sgt bermakna hingga hari ini; "segala yg kita lakukan mestilah utk mencari keredhaan Allah". KEREDHAAN. Istilah yg cukup luas. Bermula dari niat yg ikhlas, jalan yg di redhai serta perbuatan yg mengharapkan semata-mata keredhaan dan keampunan Allah. Mana ada Robin Hood dalam Islam. Niat menolong org miskin, dgn jalan MEROMPAK, mengagihkan harta benda kepada si miskin dan fakir. Adilkah itu? Tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya?

Mencari Tuhan

Lupa Tuhan, lupa diri. Kadang2 niat dan keazaman gagal mengawal diri. Hingga lupakan Tuhan. Terlalu ekstreme. Itulah Robin Hood, lagenda perompak murah hati.

17:57  "Orang-orang yang mereka seru itu, mereka sendiri mencari jalan kepada tuhan mereka siapa di antara mereka yang lebih dekat (kepada Allah) dan mengharapkan rahmat-Nya dan takut akan azab-Nya; sesungguhnya azab tuhanmu adalah suatu yang (harus) ditakuti.

Kesempurnaan hidup

…Pada hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridai Islam itu jadi agama bagimu…    Maidah 5:3

Kesempurnaan hidup adalah kesempurnaan beragama. Bukan terletak pada kereta, rumah besar, isteri cantik, wang berjuta.

Sejarah bermula dgn seorang. Akulah seorang itu; sedang dalam perjalanan mencari Tuhan utk menyempurnakan kehidupanku. Masa itu pengubat luka.

Islam itu hadirnya dagang (asing), dan akan kembali asing, maka beruntunglah orang yg asing itu.    Hadith Nabi

 

Ketika tangan dan kaki berkata

Akan datang hari mulut dikunci
Kata tak ada lagi
Akan tiba masa tak ada suara
Dari mulut kita
Berkata tangan kita
Tentang apa yang dilakukannya
Berkata kaki kita
Kemana saja dia melangkahnya
Tidak tahu kita bila harinya
Tanggung jawab tiba
Rabbana
Tangan kami
Kaki kami
Mulut kami
Mata hati kami
Luruskanlah
Kukuhkanlah
Di jalan cahaya…. sempurna
Mohon karunia
Kepada kami
HambaMu yang hina

Pulangkan kembali Rohku.. Wahai Roh yg Hidup (Rohul Hayat), berjuanglah demi agama, demi mencapai keredhaan Tuhanmu

12:15 am 12/04/08 (Bouverie St)

pendeta, khutbah & tazkirah, selamat pagi melbourne (SPM), ilmuApril 6, 2008 4:06 am

fil awwalin, fil akhirin

cuba bayangkan sultan nak datang ke kampung kita, mesti  riuh mesyuarat JKK kampung, semua mesti pening memerah otak menyusun perancangan untuk menyambut kehadiran sultan tersebut. Di khabarkan sultan akan datang lagi 3 bulan, namun semua warga kampung bertungkus lumus menyediakan persiapan, mula-mula sekali mestilah banner di gantung dahulu mengumumkan tarikh kehadiran sultan, wajah baginda dan nama terpampang melata di segenap penjuru kampung. Ke mana berjalan terlihat banner yang bertulis "daulat tuanku".

Dalam masa yang sama semua warga kampung bersungguh memperindahkan kawasan mereka, segala sampah dikutip, parit di cuci sehingga jernih, tiang-tiang lampu semua di cat baru. pokok bunga ditanam sepanjang jalan. bukan setakat reban ayam dibuat baru, bulu ayam pun disikat dan diminyak.(melampau)

mungkin begitulah perumpaan yang termampu untuk dibandingkan dengan junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Walaupun baginda merupakan rasul utusan terakhir, namun segala petala langit dan isinya telah Allah ciptakan awal-awal lagi untuk Muhammad. sewaktu Adam A.S dilahirkan tersergam indah kalimah Agung ‘Lailahillallah, muhammadurasulullah’ di pintu syurga, Adam A.S berkahwin dengan hawa berlafazkan selawat ke atas Muhammad, dan apabila di campak keluar dari syurga pun Adam A.S memohon syafaat Nabi Muhammad ketika bertaubat. Seorang manusia yang Agung dari zuriatku, belum terlahir tetapi keagungannye mendahului kelahiranku, mungkin itu yang bermain di benak fikiran Adam A.S merenung penuh kagum akan manusia yang bernama Muhammad.

Kebanyakan Rasul-rasul sebelum Nabi Muhammad memberi perkhabaran kepada umat mereka akan kehadiran seorang rasul akhir zaman, seperti Nabi Isa A.S, terdapat beberapa ayat-ayat di dalam bible yang menceritakan tentang Muhammad biarpun cendikiawan mereka menafikan wujud Muhammad dalam kitab suci mereka yang kerap diubahsuai.

Seperti sultan yang melawat ke kampung tadi yang sudah pasti ketibaan baginda akan di sambut meriah, di mana semua penduduk turun berpakaian serba indah mengiringi rombongan  sultan ke dewan serbaguna yang dihias indah. Begitulah bagaimana kelahiran Muhammad di sambut. Segala isi alam menyambut kelahiran baginda, dan sepanjang hari-hari Muhammad membesar semua orang merasa kesenangan daripada keberkatan baginda.

Walaupun telah lama baginda meninggalkan kita, islam dan kitab teragung al-quran masih terpelihara, dan akan terus terpelihara sehingga akhir zaman, persoalan ramai yang telah terpesong bukan bererti ajaran baginda tercalar, malah itulah tanda betapa exclusivenya keahlian menjadi seorang muslim, hanya kepada mereka yang celik mata hati untuk melihat kesucian islam.

Tetapi lumrah kita orang melayu, mungkin kisah sultan turun melawat hangat diperkatakan beberapa bulan atau beberapa minggu, kemudian malap, setakat gambar atau pun sedikit coretan di dinding dewan sahaja yang tinggal, mencerita peristiwa yang berlaku. Harap tidaklah Nabi Muhammad dilupakan dari diri kita.

pendeta, khutbah & tazkirah, qur'an & hadith, ilmuMarch 14, 2008 12:33 pm

 

Saya pernah menghafal surah ini sewaktu di form 5, wajib utk hafazan Quran bagi subjek Pendidikan Islam. Hari ini akan saya ceritakan 6 perkara yg dapat menjamin seorang muttaqin (orang yg bertaqwa) utk masuk taman syurga Allah. Di petik dari Tafsir Surah Al- Mukminun. Adapun 7 highly effective habits dari Stephen Cowey sangat memberangsangkan, 6 highly effective Muttaqin dari firman Allah lebih senang di laksanakan, lebih berkesan dan lebih selamat.

Mereka itulah orang-orang yg akan mewarisi,

Yakni mewarisi syurga Firdaus. Mereka itu kekal di dalamnya    al-Mukminun 23:10,11

Islam merangkumi 3 perkara; aqidah(berkenaan iman ie rukun iman), fiqh (ibadah ie solat, puasa, haji, kawin, jual beli) dan akhlak (tasawuf). Memang tak dapat utk memisahkan Islam daripada 3 perkara ini. Tak guna kalau selalu bersolat tetapi tidak meyakini kebenaran al Qur’an. Qur’an adalah sebenar-benar haq, merangkumi semua perkara dalam kehidupan hatta cara sembelihan haiwan sekalipun. Kata-kata Prof Hamka; "Jika ada yg mengatakan Quran adalah kesilapan, maka orang itulah yg silap mentafsirkan Qur’an.". Tidak guna selalu bersolat tetapi tidak menjaga akhlak dan batas pergaulan. Islam adalah syumul dari semua perkara, membentuk peribadi Muslim yg bertaqwa, berakhlak mulia.

6 sifat muttaqin 

1. Khusyuk dalam solat
Secara kasar, khusyuk bermaksud fokus, dalam English ‘enjoy’ (menghayati, seronok). Orang yg sentiasa khusyuk dalam solat, akan memberi impak yg besar dalam kehidupan hariannya. Daripada khusyuk dalam solat, akan membawa kepada fokus dalam belajar, bekerja dan bermain. Maka muhasabahlah diri antum jikalau kenapa antum masih tak dapat utk fokus dalam belajar atau bekerja, mungkin silapnya datang dari solat yg tak khusyuk. Tidak khusyuk dalam solat memungkinkan antum masih lagi melakukan maksiat dan lagha.

2. Jangan lagha
Lagha bermaksud sia-sia, lalai. Orang utara selalu menafsirkannya sebagai mengarut. Orang mukmin tidak akan melaghakan diri mereka. Masa lapang akan mereka penuhi utk meningkat taqwa dengan membaca Qur’an, bahan ilmiah bermanfaat dan mengeratkan silat-turrahim. Tiada "boundary" khusus utk lagha. Tidaklah di HARAMkan utk bermain bola, cuma ada batas2 yg perlu di ikuti seperti menutup aurat ketika bermain. Kadang-kadang mendengar nasyid banyak sangat pun lagha juga. 

3. Memberi zakat/ tidak kedekut
Pada pendapat mufasir, perkataan zakat dalam ayat ini (ayat 4) merujuk kepada pembersihan jiwa. Kadar zakat berbeza mengikut tempat. Namun begitu,  seorang Muslim di galakkan utk menginfaqkan harta di jalan Allah, ini merupakan juga cabang jihad. Umpamanya menderma utk Tabung Amal Palestine, derma kilat anak-anak yatim supaya kita dapat mendidik jiwa utk tidak kedekut.

4. Memelihara kemaluan
Dalam konteks ayat ke-5 surah ini, memelihara kemaluan bermaksud utk menjauhi zina. Antara perkara yg dpt menjauhi zina adalah dengan menjaga batas-batas pergaulan. Laki-laki dan wanita hendaklah menundukkan pandangan mereka, yakni memelihara mata dari memandang aurat orang lain. Bagi yg khuatir terhadap zina, di sarankan agar menyelesaikannya dengan kahwin (menghalalkan perhubungan) jika dia mampu. Sabda Rasulullah lagi, "Bagi yg tidak mampu berkahwin, maka hendaklah kamu berpuasa". Mampu mengcakupi dari banyak perkara; kewangan, tarbiyyah dan pengurusan keluarga.

5. Menunaikan amanah/ janji
Antara sifat orang munafiq adalah tidak amanah/tidak menunaikan janji. Jika pemerintah, wajib melaksanakan amanah kepada rakyatnya, jika seorang pelajar, wajib melaksankan amanah kepada sponsornya (MOE). Janji yg di buat, haruslah di tepati, lebih2 lagi jika melibatkan hutang. Menunaikan amanah ini termasuklah dalam menunaikan hak kepada Allah ie tanggungjawab jika sebagai hamba, hak kepada ibu bapa ie tanggungjawab sebagai anak, hak kepada kawan-kawan dan hak kepada alam sekitar/ haiwan ie memelihara dan memulihara.

6. Menjaga solat
Orang yg dapat menjaga solat adalah orang yg hebat. Tak kira besar mana pun dugaan, sesibuk manapun belajar/bekerja, solat wajib di lakukan. Berbahagialah orang yg dapat menunaikan solat berjemaah di awal waktu. Bagi yg gemar solat berjemaah, teruslah istiqamah utk berjemaah, janganlah kesibukan "exam, assignment" menghalang antum utk solat berjemaah. Sangatlah afdhal sekiranya dapat menunaikan solat di awal waktu di masjid, meskipun ia amat sukar dilakukan kebanyakan orang. Uruskanlah hak anda terhadap Allah sebaik mungkin. "Dia tidak pernah meminta rezeki darimu, bahkan Dialah pemberi rezeki - Qur’an". Biasakan diri anda supaya tidak terlepas takbir pertama bagi Muslim yg tinggal berdekatan masjid.

 

Tafsir ayat 1 - 11 surah al Mukminun ini lebih bersifat motivasi dan mereka yg melaksanakan apa yg di firmankan Allah dalam ayat ini akan mewarisi Syurga Firdaus, dan mereka itu kekal di dalamnya.

pendeta, khutbah & tazkirahMarch 10, 2008 12:50 pm

Minggu lepas, saya di tegur oleh seorang pelajar yg entah dari mana celah munculnya dia. Dia tanya di mana Doug Mc Donnel building. Saya lantas menunjuk ke arah bangunan yg tinggi bersebelahan dgn Student IT center. Rupa-rupanya perempuan tadi menolong seorang pelajar perempuan albino yg mencari arah. Saya kasihan melihat dia. Tongkatnya di hayun ke kiri dan kanan utk mencari arah. Matanya kabur kerna penyakit yg di alaminya, juga dia terpaksa memakai topi utk melindungi dari panas.

Sabtu lepas juga, saya bertemu dengan seorang pemain badminton yg memakai alat bantu pendengaran di telinganya. Saya kasihan melihat dia, terkebil-kebil mendengar kami mengira mata utk menamatkan permainan. Apabila di tanya,"berapa mata (score) sekarang?", dia hanya menjawab "ok,it’s fine". Namun semangatnya utk bermain tak pernah pudar walaupun terbatas pada pendengaran.

Sepertimana juga semangat pelajar perempuan tadi utk ke kelas.

Bagaimana saya? 

Sejak mula habis menghafal surah ar-Rahman, saya sangka saya tak akan mendustakan nikmat Allah selepas itu. Tapi seringkali saya mendustakan banyak nikmat tanpa saya sedari. Selalunya nikmat masa lapang dan kesihatan. Saya bersyukur kerna mata saya yg dulunya rabun, kini beransur pulih. Kaca mata yg di tempah oleh emak begitu mahal kerna saya rabun dekat di mata kanan, dan rabun jauh di mata kiri. Ini bukannya keseimbangan. Tetapi saya jarang memakai kaca mata, mungkin kerna kurang selesa.

Semasa saya di tingkatan 2, telinga saya mengalami masalah. Akibat suka berkubang dalam parit, tali air, anak sungai, fungus(kulat) menubuhkan perkampungan di gegendang telinga saya. Doktor yg merawat berasa risau utk membuang fungus itu kerna khuatir gegendang telinga saya akan pecah jika ia di tarik keluar. Penyelesaian, doktor memberikan ubat utk di titis ke dalam telinga agar dapat mematikan kulat tersebut. Beratus duit habis ubat mengubat telinga. Doktor terpaksa menyedut keluar kotoran dari telinga setiap sebulan sekali. Masalah ini masih berlanjutan, apatah lagi setiap kali lepas mandi.

Namun saya bersyukur kerna pendengaran masih baik. Tak tahulah apa kulat itu buat di gegendang telinga saya. Mungkin kifarah sebab degil utk mendengar nasihat orang tua. Kerna itu jugalah saya jarang menggunakan telefon utk berbual, saya lebih senang berSMS. Kalau berbual, saya akan katakan "ha..apa dia?" kebanyakan masa. Kalau berbicara, saya lebih byk mendengar dari bercakap. Kerna saya tak dengar dengan jelas butir-butir percakapan mereka.

Sekarang, melihat keadaan sekeliling, saya bersyukur dengan apa yg dimiliki. Alhamdulillah kerna Allah masih mengizinkan saya utk melihat bumi Melbourne yg indah, membaca Quran, mendengar ayat suci Quran dan juga mendengar azan. Moga-moga saya cepat sembuh.

Masalah tabiat mandi malam masih tak dapat saya hentikan. Akibatnya, saya sering semput dan sakit dada. Harap2 bukanlah paru-paru berair. Terkenang kisah sahabat saya di New Zealand yg kembali ke rahmatullah akibat asthma. Moga Allah tempatkan dia bersama hamba-hambaNya yg beriman

 

* p/s .. maaflah kepada sesiapa yg tak senang dengan pertanyaan saya. Samada saya tak mendengar dgn jelas atau tak paham 

 

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?   ar-Rahman 55:13

 

Maka terhadap nikmat Tuhan kamu yg manakah kamu ragukan?   an-Najm 53:55

pendeta, khutbah & tazkirah, selamat pagi melbourne (SPM)March 7, 2008 11:51 pm

Last Saturday, we had a BBQ Welcoming Party for the juniors at Docklands. The purpose of organizing the BBQ is to strengthen the ukhwah between Muslim students in Melbourne (Melbourne, Monash, RMIT, Deakin). It was supposed to start at 10am as mentioned in my SMS. I was out from home at 8:30am, since I’m very particular being on time. But the saddest thing was only 2 person were at Dockland when I arrived there. We waited until 10am passed by but the footsteps of our colleagues were not there yet. until 11am, people started coming one by one and in groups.

Now the story begins….

Masalah datang lewat telah menghantui sikap masyarakat kita meskipun ada antara mereka yg belajar di negara orang. Mat Saleh selalunya menepati masa.Sepatutnya di ambil sikap yg positif kerna "yg baik itu adalah hak seorang Muslim". Tahniah saya ucapkan kepada Amal Asrol dan Abg Ikhwan kerna berjaya datang awal, sebelum 10am. Inilah sikap yg patut di contohi. Oleh kerna sikap datang lewat menjadi amalan masyarakat kita, ada segelintir pihak menganggap tak mengapa datang lewat kerna orang lain pun selalu datang lewat. Tak tahulah alasan apa mereka lewat. Walhal rumah saya yg jauh berbatu-batu pun dapat datang awal. Alhamdulillah, saya dapat datang awal. Bagi yg rumah berdekatan masjid, dapatlah di usahakan untuk datang sebelum imam mengangkat takbir solat fardhu.

Masalah ini terbawa-bawa hingga dalam setiap perkara; main bola, pergi kelas, BBQ feast, tamrin dan macam2 lagi. Kalau dah janji pukul 6:45 main bola, janganlah datang ke padang 7:10. Akibat mula bermain lewat, maka tamat bermain pun lewat juga. Sedangkan maghrib semakin awal, 7:55.bila dah main bola tak puas, mulalah berlanjutan sehingga 8:10. Nasib baik Isya’ 9:20.

Terkejutnya saya, ada segelintir pihak yg tidak di jemput utk ke BBQ hari itu. Sedih, mereka tak dijemput langsung padahal mereka "hampir" tahu ada BBQ hari itu. Nasib baik saya sempat menjemput semua housemate saya. Entah macam mana tujuan merapatkan ukhwah hari itu terganggu. Mungkin terlalu sibuk memasak agaknya.

Tak mengapalah, asalkan semua perut kenyang.

 

* p/s ; sekarang lecture saya byk mula pukul 10am, 8:30am saya sudah berada di kampus, walaupun perjalanan dari Kiewa ke kampus ialah 20min. Saya juga selalu sempat berada di ISKA Mosque 20min sebelum Maghrib.

Docklands Port

metal figure

At Derry Bell Ice Cream