Ketahuilah ~ Wahai saudaraku yg sgt berminat dan mempunyai perhatian dlm mencari ilmu, yg telah menunjukkan cita-cita yg tinggi dan rasa yg sgt dahaga terhadap ilmu pengetahuan ~ seandainya engkau berniat dgn mencari ilmu ini utk berlumba-lumba dan mendapatkan kemegahan dan terkemuka di kalangan kawan2 dan utk menarik perhatian org ramai terhadap dirimu dan menghimpunkan akan kekayaan dunia, maka sebenarnya engkau telah berusaha menghancurkan agamamu dan membinasakan dirimu sendiri dan menjual akhiratmu utk mendapatkan harta dunia, maka penjualanmu adalah rugi dan perniagaanmu porak peranda dan guru yg mengajarmu adalah dikira menolongmu dlm membuat maksiat dan dia juga akan merasakan kerugian. Ketika ini guru yg mengajarmu itu laksana seorang yg menjual pedang kepada perompak.
Dan jikalau niatmu dlm mencari ilmu itu utk mencari keredhaan Allah dan mencari hidayah, bukan semata-mata utk pandai bercakap maka hendaklah engkau bergembira kerana para malaikat sedang mendoakan utkmu. Tetapi sebelum itu hendaklah engkau ketahui bahawa hidayah itu adalah buah daripada ilmu dan bagi hidayah itu ada bidayah(permulaan) dan ada pula nidayah(kesudahan). Semulia-mulia pengakhiran adalah husnul khatimah.
Semalam dapat 1 msg dari mak, sungguh terharu. Tatkala airmataku hampir bercucuran, berkilau bak harapan seorang emak kepada anaknya. Ketika kesunyian, ketika kesusahan, harapan disandar pada Tuhan yg Esa, Yg memiliki Arasy yg Agung, Pemilik langit dan bumi serta apa yg ada antara keduanya.
Sms emak ; Mak hari2 doa anak-anak mak berjaya dunia akhirat.
Tatkala kerunsingan dan tekanan memuncak, Khutbah Jumaat semalam menyedarkan aku bahawa masih ada lagi The Most Anxious Day, hari ketika perhitungan dilakukan di Padang Masyhar. Betapa gelisahnya manusia, ada yg berpeluh hingga ke leher dan ada yg paras lutut. Seolah-olah aku kembali tersedar, dunia ini hanya persinggahan, yg sementara. Mengapa perlu gusar utk final exams? Bukankah kegusaran terbesar hanya berhak di Padang Masyhar?
Saat ini, aku kembali berkali-kali muhasabah nasihat ayahandaku, Imam al-Ghazali.
Selamat menghadapi imtihan utk saudara2ku
