Bismillahirrahman nirrahim.. Segala puji hanyalah utk Allah, Tuhan Sekalian Alam, Tuhan yg Esa, Pemerintah mutlak ke atas setiap sesuatu ciptaannya. Alhamdulillah, aku masih lagi diberi peluang utk meneruskan perjalanan, mengharungi kehidupan yg semakin mencabar dari hari ke hari. Aha..hari ini Hari Guru, hari di mana guru-guru di Malaysia dirai kerana perngorbanan mereka mendidik anak bangsa hingga ke menara gading. Bahkan, ada anak murid yg bakal menyelusuri laluan berliku guru mereka.

Pada kesempatan ini, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru2 di SMKTT dan juga pensyarah di UNITEN. Peluh dan keringat mereka mendidikku berbaloi kerna kau sekarang sedang melanjutkan pelajaran di luar negara dan bakal pulang sebagai seorang guru.

Imtihan

Hanya tinggal 3 minggu lagi sebelum imtihan terakhir utk semester 1 tahun kedua. Setelah sekian lama menghadapi imtihan, dari sekolah rendah hinggalah menengah sampai ke universiti, aku dpt rasakan keseimbangan dalam setiap imtihan. Dulu aku lemah berbahasa Inggeris, sekarang sudah mampu membaca artikel2 tanpa merujuk kamus malah mampu juga menerangkan kepada non-native English speakers.

Entah mengapa sejak memasuki universiti, imtihannya sgt berbeza. Ada yg susah, ada yg senang dan ada juga yg terlalu senang sehingga melampaui keyakinan aku. Namun semuanya bergantung kepada Allah, kerna Allah adalah Sebaik-baik Perancang. Imtihan di universiti menghimpunkan gugusan2 ilmu dari tahun pertama hingga tahun terakhir. Apatah lagi bila memasuki Honours Year. Ilmu dan pengetahuan yg telah dipelajari perlu di aplikasikan secara praktikal dan industrial. Bukan hanya menghafal soalan dan jawapan. Copy and paste. Hafal jawapan dari buku rujukan, kemudian pindahkan ke atas kertas peperiksaan, insya Allah akan dpt A.

Aha..di sini tak begitu. Sistem pendidikan di Australia merangsang pemikiran kritikal pelajar; bagaimana mereka menganalisis permasalahan, menyediakan proposal utk kaedah penyelesaian dan mencari penyelesaian terbaik.

Penat menulis, harus menghabiskan sisa2 bacaan Chemical Analysis utk kertas ujian pertama pada 12 Jun.

Selamat berimtihan, Ingatlah Tuhan