Entah mengapa kegilaan saya pada chemistry sukar di rawat. Oleh sebab terlalu cintakan chemistry, RM620 terpaksa dibazirkan utk mengambil exam AP chemistry di luar UNITEN. Kerna SAT II Chemistry belum cukup melayakkan saya utk memajorkan diri dalam chemistry. Sepanjang tempoh 1 1/2 di UNITEN, selama itulah saya naik turun ke pejabat sponsor saya utk menukar major dari Maths kepada Chemistry. Hinggakan suatu ketika, saya berputus asa utk belajar. Lebih baik balik ke Taiping dari pergi belajar di Australia dalam major Maths. Aha..saya tak begitu bencikan Maths tapi kerna saya lebih mencintai chemistry. Mana mungkin saya kawin dgn wanita bukan saya cinta. Perit rasanya.

Mengapa bukan Maths 

Saya telah menguasai Maths sejak sekian lama, dari sekolah rendah hinggalah menengah. Malahan, saya sering mendapat markah tertinggi dalam Maths berbanding subject lain. Semasa di SMKTT (high school), saya di gelar Mr How Jr. oleh rakan2 kerna kepakaran saya dalam Maths setara dgn guru Add Maths saya, Mr How. Malah cinta saya pada Maths ketika itu menyebabkan saya tak dapat berhenti dari melaku pengiraan terhadap soalan Maths hinggakan ketika bersolat pun, otak saya sempat mengira soalan vector paduan dan luas geometri. Astagfirullah.. Sampai begitu sekali.

Hidup saya yg gilakan Maths juga merisaukan ibu bapa kerna mereka khuatir akan subjects yg lain. Namun saya sempat mengimbangi subjects lain. Rutin harian saya yg terperap di dalam bilik selepas pulang dari sekolah mencorak sikap pendiam saya. Apalagi, Maths-lah penawarnya. Ketika bulan Ramadhan semasa SPM, 2 hari saya tak tidur kerana Maths. Ibu saya ingatkan saya bermunajat kepada Allah, bersolat hajat utk SPM, atau bertadarus malam Ramadhan, rupanya bercinta dgn Maths.Selagi belum dpt jawapan yg betul, selagi itulah saya tak akan tidur. Mungkin kerna inilah saya mendapat insomnia. Ini cinta gila.

Setelah memasuki UNITEN, cinta saya semakin pudar terhadap Maths. Malah saya juga tak mampu utk kembali menjaringkan 100% dalam exams. Tetapi result kekal A. Alhamdulillah. Saya boleh tidur lena, tak perlu bersengkang mata selama 2 hari. Semasa di sekolah, saya memperuntukkan 9 jam sehari utk study. Ketika di UNITEN, saya memanjangkan limit dari 9 jam kepada 12 jam sehari utk study. Namun ini terlalu membebankan hinggakan meja dan lantai adalah katil bagi saya. Saya juga seringkali sakit dan mengalami migrain.

Namun cinta terhadap Maths tak seteguh dulu. Chemistry mula melamar saya ketika di sekolah menengah.UNITEN menjadi saksi cinta gila saya pada chemistry. Sepanjang saya turun naik ke pejabat sponsor di Putrajaya, selama itulah saya berusaha dalam chemistry. Hinggakan Dr Rose pernah berkata, "Baik kamu menangis di depan sponsor, mungkin diorg akan mempertimbangkan.". Peliknya saya hanya berani menangis dalam bilik, tidak di depan sponsor.

Isteri dan chemistry

Saya mara setapak dgn mengambil ujian AP Chemistry di luar UNITEN dan mendapat band 5 (highest grade). Aha..cintaku terbukti. Dgn penuh harapan, result AP Chemistry ini dpt meyakinkan sponsor utk saya memajori chemistry. Saya telah buktikan, tanpa lecturer, tanpa tutes dan kuliah, saya mampu utk berjaya dlm chemistry. Semasa ini Pn Fatimah (PPOU Coordinator) byk membantu dalam meyakinkan sponsor yg chemistry patut menjadi major saya. Wang ringgit, masa, usaha dan tenaga telah saya korbankan. RM420 wang biasiswa utk 6 bulan saya korbankan utk AP Chemistry Exam. Saya mengikat perut dgn memasak nasi goreng hampir setiap hari.

Alhamdulillah, penghujung waktu di UNITEN, sponsor membenarkan saya menukarkan major dari Maths kepada Chemistry. Satu kegembiraan yg sangat2 saya nantikan. Dr Rose sungguh gembira. Beliau membelanjakan makan tengah hari di Mariott Hotel, Putrajaya. Kenangan yg tak mungkin akan dilupakan. Malah Dr Rose, yg dianggap mak angkat sering membantu saya dalam chemistry. 

Nobel Prize 2005 di anugerahkan kepada Richard Shrock (51thn) dari MIT (Massasuchet Institute of Tech) diatas kajiannya terhadap metathesis reaction, kajian yg sama di lakukan oleh Dr Rose sewaktu beliau di UTM Skudai. Menariknya, mereka berdua sama umur. Setelah pemergian Anushree ke MIT, saya menyimpan hasrat utk memenangi Nobel Prize dalam chemistry. Antara faktor kedatangan saya ke Melbourne adalah kerna Melbourne Univ mempunyai 4 org Nobel Prize Winners.

Melbourne Univ 

Saya cuba mengoptimumkan masa saya di Melbourne Univ. Belajar sebanyak mungkin, menghadiri public lecture yg di sampaikan ahli sains terhebat, dan selalu menghabiskan masa dgn lecturer. Aha..satu lagi langkah yg radikal. Saya cuba utk menambah masa study saya kepada 16 jam study sehari. Namun oleh kerna beban lab report dan juga tutorial utk subject lain, hasrat ini tergendala. Hanya 8-10 jam sehari saya mampu study.

Tak mustahil utk saya menang Nobel Prize walaupun cabarannya terlalu sukar. Antara faktor utama ialah Nobel Foundation Comittee terdiri dari saintis Yahudi, dan kebanyakan Nobel Prize Winners adalah Yahudi. Dalam sejarah hanya 4 org Islam yg pernah memenangi Nobel Prize, hadiah teragung  dan termahal di dunia. Saya bencikan Einstein bukan kerna dia Yahudi tetapi kerna dia terlalu genius. Walaupun Teory Relativiti gagal, namun masih byk penemuannya yg melayakkan dia di ranking pertama saintis terhebat. Sir Isaac Newton di ranking kedua.

Atas sebab ini juga saya tidak gemar di panggil Albert Einstein. Mr Joe selalu memanggil saya dengan gelaran ini. Katanya, "U are smart in Physics." Hakikatnya saya tak pernah menyintai Physics. Isteri pertama saya adalah Chemistry. Malah Evan Bieske berkata, "It’s better to love unanimated soul rather than human being. Bcoz it will never hurt u, and u’ll never hurt them.".

John Nash; apa kaitannya 

Saya tak pernah berubah. Itulah hakikatnya. Sifat saya memang pendiam. Kalau tahun lepas saya mampu menghiburkan org ramai dgn lawak dan sikap casual saya, itu HIPOKRIT, terlalu MUNAFIK utk saya terus berkelakuan riang dan peramah seperti tahun lepas. I have NEVER changed, that is my true colors. Colors of silent, unfriendly and reclusive. It just people can’t accept it. But my wife (chemistry) fits my attitudes very well. To Lise Meitner,Physics is her first love, that is why she never married. To me, chemistry is my first wife, maths second wife, the third is physics and the fourth I reserve for human being.

Bila menonton A Beautiful Mind, biograhpy of John Nash, Nobel Prize Winner Mathematician in Economics, baru sedar kami mempunyai banyak persamaan tetapi besar perbezaan. John Nash anti-semitic (anti-agama/free thinker), manakala aku bertauhidkan Tuhan yg Satu, Tuhan Sekalian Alam. Sebagaimana pendiamnya, dedikasinya John Nash, kami adalah sama. Dia memasuki Carnegi Mellon Uni dgn major dalam chemical eng, kemudian bertukar kepada chemistry dan kemudiannya Maths.

Hanya beberapa persamaan. Insya Allah saya akan menamatkan degree in Chemistry, kemudian Master in Maths dan PhD in Chemistry. Moga-moga saya tidak ditimpakan penyakit paranoid-schizophrenia yg ada pada John Nash.

 

John Nash, Mathematician, Nobel Prize Laurete 1994 in Economics

 

Ketidakseimbangan 

Ketidakseimbangan memang selalu wujud apabila kita jauh dari "equilibrium state". Pada satu pandangan ini adalah bagus kerna saya tak melibatkan diri dalam maksiat, pergi Crown main laser war, entah ke mana bebas berparti. Sikap ini juga menyebabkan pergaulan saya terbatas apatah lagi dengan perempuan, jarang sungguh utk bersuara. Lebih baik mengadap buku kimia dari merenung wanita. "Kesibukan" saya juga menghalang saya dari melaghakan diri utk menonton movie yg tak bermanfaat dan anime yg lagha. Aha…bagus bukan.

Keburukannya.. saya menyendirikan diri dari alam manusia. Jemaah saya terdiri dari buku2 kimia, calculus, physics dan al-Qur’an tatkala seusai solat ataupun ketika tertekan. Bagi jemaah manusia, saya lebih senang berjemaah dgn Jonathan White, Utta Wille, Dr William Spencer, Dr Separovic, Dr Marty Ross, Dr Richard Brak dan Jeff McCalumn. Hanya seketika saya berbicara bersama Azim, teman serumah. Pada masa sekarang saya lebih senang "beristerikan" chemistry. Tak pernah menyakiti dan tak akan disakiti. Betul kata Evan Bieske.

 

 

 

 

Insya Allah, one day I will grab this prestigious medal, Nobel Prize. 

"U can do it, go for it," bisik hati kecil. Pada umur 20, saya berusaha keras utk memungkinkan saya memenangi Nobel Prize mungkin lewat 40an atau lewat 50an. Sabar,rajin dan jgn berputus asa. Penantian utk 20,30 tahun akan datang. Selamat datang mimpi indah, bukan angan kosong. Ricahrd Shrock memenangi Nobel Prize ketika umur 51, di mana beliau belajar chemistry ketika umur 8 thn. Aha..menarik. Satu sistem pendidikan America yg terancang. Malah ranking univ dimonopoli oleh univ di US. MIT, Harvard, Princeton, Standford dan CalTech. Patutlah mereka berani menawan dunia kerna di dalangi saintis Yahudi. Di mana saintis kita? Di mana aku? Aha..di Kiewa tgh makan nasi kosong dgn telur goreng dan serunding ikan.