Saat di kala kesedihan melanda jiwa, runtuhan hati berlaku. Hilangnya marak tabah yg di war-warkan di permulaan. Pudarnya sebuah cinta terhadap segala perbuatan. Namun itulah hakikat. Hakikat sebagai manusia yg mempunyai jiwa, hati, akal dan perasaan.
Ketika musim panas berada di penghujung, ramai mengeluh kepanasan, 38 - 41 C. Ketika musim sejuk menggantikan musim luruh, ramai mengeluh kesejukan, < 10 C.
19. Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir.
20. Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah,
21. dan apabila ia mendapat kebaikan ia amat kikir,
22. kecuali orang-orang yang mengerjakan shalat,
23. yang mereka itu tetap mengerjakan shalatnya,
70 : al-Ma’aarij
Hari ini hujan. Saya terpaksa ke kampus dgn tram. Esok? Belum tentu lagi. Ramalan cuaca hanyalah ramalan. Sedangkan kuasa di tangan Tuhan. Andai kata esok hujan sedang ramalan cuaca berkata tidak hujan, pasti ramai lagi yg menyumpah seranah. Aha..sifat marah pula mengundang. Itu sifat manusia.
Tetapi ramai sekali gagal mendalami hakikat bahawa kita ini manusia. Saya amat sukakan kata2 dari Abu Saif, "kenal diri, kenal Tuhan, lupa Tuhan, lupa diri". Sejauh mana ketabahan kita ketika mendakwa kita perlu tabah tetapi dalam masa yg sama menyalah masyarakat sekeliling kerna tidak fahamkan Islam.
Kerna itu saya lebih tertarik dgn pendekatan dakwah TABLIGH. Di mana, in the first place mereka meletakkan mencari keredhaan Allah semata-mata dalam berdakwah. Teringat kata2 Pak Cik Nuim ketika Maulidur Rasul di Malaysian Hall, "Allah said to Muhammad SAW; you give them the message but I’ll give them syahadah (hidayah)." Sungguh hidayah itu milik Allah. Hinggakan Rasulullah sendiri pun tak dapat memberi hidayah kepada Abu Thalib. Tetapi aneh, ramai dai’e di masa ini lebih gemar mengumpul pengikut. Seolah-olah mereka MAMPU memberikan hidayah.
Bila bicara tentang tabligh, pasti stereotype orang ramai begitu negatif. Mengapa melihat yg buruk? Jika yg baik itu adalah hak seorang Muslim, maka apa salahnya di guna pakai. Kita terlalu prejudice. Terlalu pride dgn apa yg ada hingga menolak yg kebaikan yg lain. Di mana ada jalan kebaikan, di situlah peluang kita utk meningkatkan iman, mengumpul amal.
Saya agak malu ketika menerima sms dari Sheikh Abu Aslam. Beliau sgt mgharapkan ramai pelajar dari Melbourne Univ datang ke kuliahnya. Berkali-kali beliau sms saya. Namun hanya saya lelaki Melayu terakhir yg sempat bertandang ke kuliahnya. Selama 3 jam duduk mendengar kuliah tentang tafsir Surah Al-Fatihah, terasa hati ini begitu kerdil, betapa agungnya Allah. Lihat saja pada kalimah The Lord of Al-Amin (Tuhan sekalian alam). Biarpun ada sejuta alam ie alam manusia, alam jin, binatang dll, Allah tetap Tuhan yg satu, Tuhan segala-gala alam. Dari segi bahasanya, beliau mengulas mengapa kalimah uprigth path lebih sesuai dari kalimah rigtheous path (Jalan yg lurus). Satu kupasan yg cukup menarik dan istimewa.
Bagaimana beliau menceritakan tentang kepentingan surah,sirah Nabi, hinggalah kepada adab2 berdoa di dalam surah Al-Fatihah, cukup utk membuktikan al-Fatihah itu sebagai Ummul Kitab. Tak mungkin perjalanan 40 minit ke Maidstone Mosque terbazir begitu sahaja.
Jika ini jihad, jika ini dakwah dan tarbiyyah diri, maka aku rela melaburkan masa, perjalanan, wang ringgit demi agamaNya.
Ini adalah part 1 dari The joy from your Prayer oleh Sheikh Abu Aslam. Part 2 saya terlepas kerna kesilapan diri sendiri.
