Alhamdulillah…
2 bulan menempatkan diri dirumah baru menemukan aku bukan sahaja ketenangan jiwa bahkan ketenangan hati. Masakan tidak, rumah baru lbh dekat dgn rumah Allah (Brunswick Mosque), beberapa langkah ke restoran halal di sepanjang Sydney Road, dan masih jauh dgn kampus universiti. Bahagianya, Allah sahaja yg tahu. "In Kiewa, u’re not a stranger", kata Abdullah. Apatah lagi Hafiz yg sgt byk membantu. Dari mengangkut barang2 utk pindah hinggalah menginstall software, semuanya dibantu Hafiz. Rutin hidupnya sgt berdisplin. Kagum pada Hafiz, bakal doktor yg sgt rajin. Siapa tak kenal Romie? Nasi lemak, kari kambing, nasi beriyani semuanya di tangan Romie. Bagaikan makan di Restoran Zam Zam. Umar yg selalu memberi anggur, Azim teman bicara yg setia dan Salami yg selalu mesra menambahkan keceriaan di Kiewa. Inilah damai yg aku dambakan selama ini.
Namun, jarak bukan penghalang. Ingatkah 7 tahun dulu? Ketika berbasikal ke sekolah yg jaraknya 6km. Hujan,panas terik, di kejar anjing menjadi lumrah dlm mencari selembar ilmu. Kadang2 apabila basikal rosak, terpaksa berjalan kaki ke sekolah/pulang dari sekolah. 45 minit masa terbuang di jalanan. Itu takdir, nasib bagi kami di sekolah harian biasa (SHB). Itu 7 tahun dulu (3 thn berbasikal). Lepas PMR, aku masih berbasikal utk beberapa ketika. Meskipun 8A PMR masih tak melayakkan aku ke MRSM/SBP. Masa terus berubah.
Sekarang, 7 thn itu kembali lagi. Tapi kali ini kurang 0.5 km. Jarak dari rumah ke kampus ialah 5.5 km/ 25 minit. Hujan, panas terik, daun luruh, bunga kembang dan layu, salji barangkali mungkin menjadi teman berbasikal utk lagi 3 thn. Alhamdulillah. Sekali lagi berpeluang hidup susah. Hidup sekarang memanduku ke arah kesibukan belajar hinggakan jarang meluangkan masa utk bermasyarakat. Kelas wushu entah berapa kali tuang, kelab badminton entah berapa kali terlepas. Harapnya riang, gembira kali ini utk menuntut ilmu seperti 7 thn dulu.
Berubah
Entah mengapa result semester lepas kurang menceriakan. Seolah-olah 4 H1 itu tiada harga. Kejayaan mendapat 4 H1 tak segirang seperti mendapat 8A PMR. Tiada kesan, kejayaan yg tak diraikan. Apatah lagi bila keluarga asyik bertanya, "H1 tuh apa?Kenapa tak dapat 4 flat (4.00)? Kenapa 4 je,sikit sgt. SPM kan 10" Sulitnya menerangkan sistem pendidikan Australia kepada ahli keluarga. 8A di raikan dgn kenduri kesyukuran. Kali ini sunyi. Terasa sunyi bila orang yg sangat2 mengharapkan kejayaan di universiti pergi menghadap Ilahi.
Erti pada 4H1? Hm… kebaikan yg sepatutnya di ambil darinya tenggelam bersama riak diri, sombong dan bangga diri. Astagfirullah..dah jauh aku terlajak rupanya.
Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia)
Ali ‘Imran 3:8
…Harta yg kamu kumpulkan & apa yg kamu sombongkan ternyata tiada manfaat buatmu.. al-A’raf :48
Bermegah-megahan telah melalaikan kamu daripada taat kepada Allah at-Takathur :1
..”Janganlah engkau terlalu bangga. Sungguh, Allah tidak menyukai orang yg membanggakan diri.” al-Qasas :76
Ini tak sama seperti 7 thn dulu. Kegagalan dalam pelajaran, menjadi trauma dan faktor pendorong utk berjaya. "Aku mesti keluar dari kegelapan" Ini antara pegangan utk berjaya. Musibah dtg ketika di tingkatan 2 (2001). Satu kifarah apabila mendapat tempat terakhir di dalam kelas semasa peperiksaan. Di susuli dgn gagal di dlm Maths dan Science. Apatah lagi di dalam Bahasa Inggeris. Nasib ketika itu bagaikan telur di hujung tanduk. Terbayang wajah emak, ayah, adik2, arwah tokwan, nenek di kampung.
Mula beruzlah
Dek kerana dipinggirkan oleh rakan2 yg lebih pandai, situasi memaksa aku menyepikan diri. Hanya bertemankan buku2 dan guru2 yg berbakti memberikan tusyen tambahan. HIDUP dipisahkan oleh golongan elit kepada golongan marhean. Satu hakikat yg tak dapat aku terima. Mestikah murid2 bodoh di pinggirkan? Tekadku, aku mesti menjadi guru. Supaya yg bodoh, menjadi pandai dan tak dipinggirkan. Sikap beruzlah ini terbawa-bawa hingga ke UNITEN. Apatah lagi bila rumah seorang sebilik yg diberikan sponsor. Sepanjang masa aku beruzlah di dalam bilik.
Tingkatan 3 (2002), revolusi bermula. Dari GAGAL di dlm Maths dan Science, kini menjadi top 5 di dlm Maths and Science. Percubaan PMR hanyalah 3A. Keajaiban berlaku pada PMR yg sebenar. Penat berdoa dan berusaha. Sungguh, Allah Maha Kaya, Dialah Pemberi Segala-galanya. 8A menjadi ujian. Kesedihan melanda apabila rakan2 seperjuangan yg cemerlang melanjutkan pelajaran ke MRSM, MCKK dan SBP. Tak mengapalah, tiada rezeki nampaknya. Biarlah bersusah payah mengayuh basikal, berteman hujan dan panas terik dahulu. Ini susahnya hidup, malah ada yg lebih susah. Tak mungkin dirasai oleh orang bersekolah asrama, orang yg berperut besi. Hanya beberapa langkah ke kelas dari asrama.
…. Dia telah memberikan nikmat-nikmatNya secara sempurna kepada kalian, baik zahir mahupun batin… Luqman :20 Dan sungguh, Allah telah menolong kamu dlm Perang Badar, padahal kamu dlm keadaan lemah (bilangan yg sikit & perlengkapan yg kurang). Kerana itu bertakwalah kepada Allah, agar kamu mensyukuri-Nya. Ali-Imran :23
Bukankah Dia (Allah) yg memperkenankan (doa) orang yg dalam kesulitan apabila dia berdoa kepada-Nya, dan menghilangkan kesusahan… an-Naml :62
Tingkatan 4 (2002) menyaksikan era kegemilangan bermula. Dikala pelajar lain bernafas di dalam lumpur kerana Add Maths, aku menggembirakan Mr How dgn markah 97 utk Add Maths, Sejak itu, markah Add Maths tak pernah kurang dari 90. Umpama memetik jari. Sekali lagi ujian datang, SPM Percubaan Peringkat Negeri menjadi medan angkuhku bila mendapat 100 utk Add Maths, tatkala murid gagal masih lagi mendominasi rekod keputusan sekolah. Namun oleh kerana aku bersekolah harian biasa, kurang pendedahan dgn dunia luar, namaku dan Dhiyauddeen tercicir dari memasuki Olympiad. Aku hanyut dlm kegemilangan sebagai pelajar terbilang. Sama selepas mendapat 4H1 tahun lepas. Hidup mesti berubah. "The days of victory and the days of defeat will come around", kata Pak Nuim.
Maka janganlah harta benda dan anak-anak mereka menarik hatimu. Sesungguhnya Allah menghendaki dengan (memberi) harta benda dan anak-anak itu untuk menyiksa mereka dalam kehidupan di dunia dan kelak akan melayang nyawa mereka, sedang mereka dalam keadaan kafir At Taubah, 9:55
Kini hidup susah datang lagi. Sengaja aku menyusahkan hidup supaya tahu bersyukur, tidak riak dan angkuh, yg penting dapat bergantung harap semata-mata kepada Allah agar dia menghilang kegelapan dari hidup ini. Pergilah kejahilan, jgn berdamping di sisiku. Umpama kebenaran firman Allah pada ayat2 diatas.
Surah Hud
9. Dan jika Kami rasakan kepada manusia suatu rahmat (nikmat) dari Kami, kemudian rahmat itu Kami cabut daripadanya, pastilah dia menjadi putus asa lagi tidak berterima kasih.
10. "Dan jika Kami rasakan kepadanya kebahagiaan sesudah bencana yang menimpanya, niscaya dia akan berkata: ""Telah hilang bencana-bencana itu dari padaku""; sesungguhnya dia sangat gembira lagi bangga,
11. "kecuali orang-orang yang sabar (terhadap bencana), dan mengerjakan amal-amal saleh; mereka itu beroleh ampunan dan pahala yang besar.
Apa lagi yg ada? Apa lagi yg tinggal?Hidup mesti di teruskan..Dan di atas jalan yg lurus.
Niat?Sekarang mungkin dah bertambah rajin utk menggenggam 1st class honours, mungkin juga trauma kegagalan 7 thn dulu. Berubahlah wahai diri yg makin hanyut. Cukuplah sekadar belajar utk menghilang kegelapan dlm diri dan mencari keredhaan Allah. Entah mengapa sejak di Kiewa, kenangan 7 thn lepas asyik menerjah jiwa yg kusut ini. Apakah selepas ini. Fluctuation of victory and defeat? Gemilang, jatuh dan bangun hidup byk membentuk peribadi aku hari ini. Rajin berusaha.
Ya Allah, berilah aku kurnia dan rahmatMu agar aku masih berada di jalan yg lurus. Janganlah aku digoyahkan oleh kegagalan yg menimpa, tidak pula alpa terhadap nikmatMu. Ameen… Masihkah esok ada 4H1 atau tiada, perjuangan mesti diteruskan. Usaha atas amal. Putus asa? Jangan sekali.
Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. Yusuf 12:87
Setiap kali pulang dari Brunswick Mosque, pasti aku memandang ke langit. Bukan sahaja, memberitahu diri bahawa aku ini kerdil, bahkan supaya tidak putus asa dengan rahmat Allah. Nun, disana bintang jauh memancarkan cahaya di dlm gelap langit. Subnallah, cantik sungguh gelap langit malam.
Malam ini dihiasi bintang. Esok belum tentu. Kerna hari berputaran. Tabahkan la diri ini, Ya Allah, Ya Rahman.
7 tahun dalam kenangan. Hujan, panas terik, bunga luruh dan kembang, salji barangkali teman setia di jalanan…