Kerana hari ini lebih baik dari semalam..

pendeta, selamat pagi melbourne (SPM)March 22, 2008 5:06 am

Silaturrahim… (dari Kelab Jiwa Luka)

Aku sendirian di sini
Terbujur berdiri
Di tengah kota (2x)

Ramai manusia di sisi
Sombong dan tidak
Bertegur sapa (2x)

Bagaimana harus aku buktikan
Silaturrahim suruhan Tuhan
Sampai bila (2x)
Begini…

Jika kita hidup di perbatasan
Peluru tidak kenal kasihan
Sampai bila (2x)
Begini…

* NB; Buat hati ini yg selalu melukai jiwa org lain dan selalu berjiwa luka.

pendeta, khutbah & tazkirah, qur'an & hadith, ilmuMarch 14, 2008 12:33 pm

 

Saya pernah menghafal surah ini sewaktu di form 5, wajib utk hafazan Quran bagi subjek Pendidikan Islam. Hari ini akan saya ceritakan 6 perkara yg dapat menjamin seorang muttaqin (orang yg bertaqwa) utk masuk taman syurga Allah. Di petik dari Tafsir Surah Al- Mukminun. Adapun 7 highly effective habits dari Stephen Cowey sangat memberangsangkan, 6 highly effective Muttaqin dari firman Allah lebih senang di laksanakan, lebih berkesan dan lebih selamat.

Mereka itulah orang-orang yg akan mewarisi,

Yakni mewarisi syurga Firdaus. Mereka itu kekal di dalamnya    al-Mukminun 23:10,11

Islam merangkumi 3 perkara; aqidah(berkenaan iman ie rukun iman), fiqh (ibadah ie solat, puasa, haji, kawin, jual beli) dan akhlak (tasawuf). Memang tak dapat utk memisahkan Islam daripada 3 perkara ini. Tak guna kalau selalu bersolat tetapi tidak meyakini kebenaran al Qur’an. Qur’an adalah sebenar-benar haq, merangkumi semua perkara dalam kehidupan hatta cara sembelihan haiwan sekalipun. Kata-kata Prof Hamka; "Jika ada yg mengatakan Quran adalah kesilapan, maka orang itulah yg silap mentafsirkan Qur’an.". Tidak guna selalu bersolat tetapi tidak menjaga akhlak dan batas pergaulan. Islam adalah syumul dari semua perkara, membentuk peribadi Muslim yg bertaqwa, berakhlak mulia.

6 sifat muttaqin 

1. Khusyuk dalam solat
Secara kasar, khusyuk bermaksud fokus, dalam English ‘enjoy’ (menghayati, seronok). Orang yg sentiasa khusyuk dalam solat, akan memberi impak yg besar dalam kehidupan hariannya. Daripada khusyuk dalam solat, akan membawa kepada fokus dalam belajar, bekerja dan bermain. Maka muhasabahlah diri antum jikalau kenapa antum masih tak dapat utk fokus dalam belajar atau bekerja, mungkin silapnya datang dari solat yg tak khusyuk. Tidak khusyuk dalam solat memungkinkan antum masih lagi melakukan maksiat dan lagha.

2. Jangan lagha
Lagha bermaksud sia-sia, lalai. Orang utara selalu menafsirkannya sebagai mengarut. Orang mukmin tidak akan melaghakan diri mereka. Masa lapang akan mereka penuhi utk meningkat taqwa dengan membaca Qur’an, bahan ilmiah bermanfaat dan mengeratkan silat-turrahim. Tiada "boundary" khusus utk lagha. Tidaklah di HARAMkan utk bermain bola, cuma ada batas2 yg perlu di ikuti seperti menutup aurat ketika bermain. Kadang-kadang mendengar nasyid banyak sangat pun lagha juga. 

3. Memberi zakat/ tidak kedekut
Pada pendapat mufasir, perkataan zakat dalam ayat ini (ayat 4) merujuk kepada pembersihan jiwa. Kadar zakat berbeza mengikut tempat. Namun begitu,  seorang Muslim di galakkan utk menginfaqkan harta di jalan Allah, ini merupakan juga cabang jihad. Umpamanya menderma utk Tabung Amal Palestine, derma kilat anak-anak yatim supaya kita dapat mendidik jiwa utk tidak kedekut.

4. Memelihara kemaluan
Dalam konteks ayat ke-5 surah ini, memelihara kemaluan bermaksud utk menjauhi zina. Antara perkara yg dpt menjauhi zina adalah dengan menjaga batas-batas pergaulan. Laki-laki dan wanita hendaklah menundukkan pandangan mereka, yakni memelihara mata dari memandang aurat orang lain. Bagi yg khuatir terhadap zina, di sarankan agar menyelesaikannya dengan kahwin (menghalalkan perhubungan) jika dia mampu. Sabda Rasulullah lagi, "Bagi yg tidak mampu berkahwin, maka hendaklah kamu berpuasa". Mampu mengcakupi dari banyak perkara; kewangan, tarbiyyah dan pengurusan keluarga.

5. Menunaikan amanah/ janji
Antara sifat orang munafiq adalah tidak amanah/tidak menunaikan janji. Jika pemerintah, wajib melaksanakan amanah kepada rakyatnya, jika seorang pelajar, wajib melaksankan amanah kepada sponsornya (MOE). Janji yg di buat, haruslah di tepati, lebih2 lagi jika melibatkan hutang. Menunaikan amanah ini termasuklah dalam menunaikan hak kepada Allah ie tanggungjawab jika sebagai hamba, hak kepada ibu bapa ie tanggungjawab sebagai anak, hak kepada kawan-kawan dan hak kepada alam sekitar/ haiwan ie memelihara dan memulihara.

6. Menjaga solat
Orang yg dapat menjaga solat adalah orang yg hebat. Tak kira besar mana pun dugaan, sesibuk manapun belajar/bekerja, solat wajib di lakukan. Berbahagialah orang yg dapat menunaikan solat berjemaah di awal waktu. Bagi yg gemar solat berjemaah, teruslah istiqamah utk berjemaah, janganlah kesibukan "exam, assignment" menghalang antum utk solat berjemaah. Sangatlah afdhal sekiranya dapat menunaikan solat di awal waktu di masjid, meskipun ia amat sukar dilakukan kebanyakan orang. Uruskanlah hak anda terhadap Allah sebaik mungkin. "Dia tidak pernah meminta rezeki darimu, bahkan Dialah pemberi rezeki - Qur’an". Biasakan diri anda supaya tidak terlepas takbir pertama bagi Muslim yg tinggal berdekatan masjid.

 

Tafsir ayat 1 - 11 surah al Mukminun ini lebih bersifat motivasi dan mereka yg melaksanakan apa yg di firmankan Allah dalam ayat ini akan mewarisi Syurga Firdaus, dan mereka itu kekal di dalamnya.

pendeta, khutbah & tazkirahMarch 10, 2008 12:50 pm

Minggu lepas, saya di tegur oleh seorang pelajar yg entah dari mana celah munculnya dia. Dia tanya di mana Doug Mc Donnel building. Saya lantas menunjuk ke arah bangunan yg tinggi bersebelahan dgn Student IT center. Rupa-rupanya perempuan tadi menolong seorang pelajar perempuan albino yg mencari arah. Saya kasihan melihat dia. Tongkatnya di hayun ke kiri dan kanan utk mencari arah. Matanya kabur kerna penyakit yg di alaminya, juga dia terpaksa memakai topi utk melindungi dari panas.

Sabtu lepas juga, saya bertemu dengan seorang pemain badminton yg memakai alat bantu pendengaran di telinganya. Saya kasihan melihat dia, terkebil-kebil mendengar kami mengira mata utk menamatkan permainan. Apabila di tanya,"berapa mata (score) sekarang?", dia hanya menjawab "ok,it’s fine". Namun semangatnya utk bermain tak pernah pudar walaupun terbatas pada pendengaran.

Sepertimana juga semangat pelajar perempuan tadi utk ke kelas.

Bagaimana saya? 

Sejak mula habis menghafal surah ar-Rahman, saya sangka saya tak akan mendustakan nikmat Allah selepas itu. Tapi seringkali saya mendustakan banyak nikmat tanpa saya sedari. Selalunya nikmat masa lapang dan kesihatan. Saya bersyukur kerna mata saya yg dulunya rabun, kini beransur pulih. Kaca mata yg di tempah oleh emak begitu mahal kerna saya rabun dekat di mata kanan, dan rabun jauh di mata kiri. Ini bukannya keseimbangan. Tetapi saya jarang memakai kaca mata, mungkin kerna kurang selesa.

Semasa saya di tingkatan 2, telinga saya mengalami masalah. Akibat suka berkubang dalam parit, tali air, anak sungai, fungus(kulat) menubuhkan perkampungan di gegendang telinga saya. Doktor yg merawat berasa risau utk membuang fungus itu kerna khuatir gegendang telinga saya akan pecah jika ia di tarik keluar. Penyelesaian, doktor memberikan ubat utk di titis ke dalam telinga agar dapat mematikan kulat tersebut. Beratus duit habis ubat mengubat telinga. Doktor terpaksa menyedut keluar kotoran dari telinga setiap sebulan sekali. Masalah ini masih berlanjutan, apatah lagi setiap kali lepas mandi.

Namun saya bersyukur kerna pendengaran masih baik. Tak tahulah apa kulat itu buat di gegendang telinga saya. Mungkin kifarah sebab degil utk mendengar nasihat orang tua. Kerna itu jugalah saya jarang menggunakan telefon utk berbual, saya lebih senang berSMS. Kalau berbual, saya akan katakan "ha..apa dia?" kebanyakan masa. Kalau berbicara, saya lebih byk mendengar dari bercakap. Kerna saya tak dengar dengan jelas butir-butir percakapan mereka.

Sekarang, melihat keadaan sekeliling, saya bersyukur dengan apa yg dimiliki. Alhamdulillah kerna Allah masih mengizinkan saya utk melihat bumi Melbourne yg indah, membaca Quran, mendengar ayat suci Quran dan juga mendengar azan. Moga-moga saya cepat sembuh.

Masalah tabiat mandi malam masih tak dapat saya hentikan. Akibatnya, saya sering semput dan sakit dada. Harap2 bukanlah paru-paru berair. Terkenang kisah sahabat saya di New Zealand yg kembali ke rahmatullah akibat asthma. Moga Allah tempatkan dia bersama hamba-hambaNya yg beriman

 

* p/s .. maaflah kepada sesiapa yg tak senang dengan pertanyaan saya. Samada saya tak mendengar dgn jelas atau tak paham 

 

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?   ar-Rahman 55:13

 

Maka terhadap nikmat Tuhan kamu yg manakah kamu ragukan?   an-Najm 53:55

pendeta, khutbah & tazkirah, selamat pagi melbourne (SPM)March 7, 2008 11:51 pm

Last Saturday, we had a BBQ Welcoming Party for the juniors at Docklands. The purpose of organizing the BBQ is to strengthen the ukhwah between Muslim students in Melbourne (Melbourne, Monash, RMIT, Deakin). It was supposed to start at 10am as mentioned in my SMS. I was out from home at 8:30am, since I’m very particular being on time. But the saddest thing was only 2 person were at Dockland when I arrived there. We waited until 10am passed by but the footsteps of our colleagues were not there yet. until 11am, people started coming one by one and in groups.

Now the story begins….

Masalah datang lewat telah menghantui sikap masyarakat kita meskipun ada antara mereka yg belajar di negara orang. Mat Saleh selalunya menepati masa.Sepatutnya di ambil sikap yg positif kerna "yg baik itu adalah hak seorang Muslim". Tahniah saya ucapkan kepada Amal Asrol dan Abg Ikhwan kerna berjaya datang awal, sebelum 10am. Inilah sikap yg patut di contohi. Oleh kerna sikap datang lewat menjadi amalan masyarakat kita, ada segelintir pihak menganggap tak mengapa datang lewat kerna orang lain pun selalu datang lewat. Tak tahulah alasan apa mereka lewat. Walhal rumah saya yg jauh berbatu-batu pun dapat datang awal. Alhamdulillah, saya dapat datang awal. Bagi yg rumah berdekatan masjid, dapatlah di usahakan untuk datang sebelum imam mengangkat takbir solat fardhu.

Masalah ini terbawa-bawa hingga dalam setiap perkara; main bola, pergi kelas, BBQ feast, tamrin dan macam2 lagi. Kalau dah janji pukul 6:45 main bola, janganlah datang ke padang 7:10. Akibat mula bermain lewat, maka tamat bermain pun lewat juga. Sedangkan maghrib semakin awal, 7:55.bila dah main bola tak puas, mulalah berlanjutan sehingga 8:10. Nasib baik Isya’ 9:20.

Terkejutnya saya, ada segelintir pihak yg tidak di jemput utk ke BBQ hari itu. Sedih, mereka tak dijemput langsung padahal mereka "hampir" tahu ada BBQ hari itu. Nasib baik saya sempat menjemput semua housemate saya. Entah macam mana tujuan merapatkan ukhwah hari itu terganggu. Mungkin terlalu sibuk memasak agaknya.

Tak mengapalah, asalkan semua perut kenyang.

 

* p/s ; sekarang lecture saya byk mula pukul 10am, 8:30am saya sudah berada di kampus, walaupun perjalanan dari Kiewa ke kampus ialah 20min. Saya juga selalu sempat berada di ISKA Mosque 20min sebelum Maghrib.

Docklands Port

metal figure

At Derry Bell Ice Cream