Selama ini saya terlalu saintifik. Sehinggalah saya membeli buku karangan Dr Danial Zainal Abidin, Quran Saintifik. Telah lama saya memegang konsep sains membenarkan Al-Qur’an, yakni segala kajian dan eksperimen memestilah membenarkan syariat Islam. Kerna Quran itu adalah benar dan segala isi kandungannya telah dipelihara oleh Allah semenjak ia di turunkan lagi. Oleh itu, mana2 hasil kajian yg bercanggah dgn Quran adalah sains songsang.
Tetapi saya terlalu leka dgn sains hinggalah seorang naqib menegur saya.
"Kita lakukan semua ini kerna utk mendapatkan keredhaan Allah, bukan kerna hikmah atau fadhilatnya. Di sinilah pentingnya konsep memurnikan ketaatan."
Haram memakan daging babi bagi umat Islam (kecuali ketika darurat) kerna dlm Quran dinyatakan sendiri babi dan anjing adalah kotor. Saya faham kerna babi itu kotor. Kajian sains menunjukkan babi mempunyai kuman yg tak dapan dimusnahkan hatta di bakar sekalipun. Ini fahaman saya. Tapi jika pada suatu hari nanti saintis menemui vaksin dan antidot utk membunuh kuman dlm babi, adakah hukum HARAM memakan daging babi akan gugur? TIDAK kerna Quran telah menyatakan dgn jelas, tiada khilaf bahawa memakannya adalah HARAM. Di sini pentingnya konsep memurnikan ketaatan. Patuh dan tunduk atas setiap perintah Allah.
Adakah Rasulullah berhijrah kerna takut? TIDAK, kerna Rasulullah taat dan bertaqwa kepada Allah. Itulah pegangan hidup baginda dlm mentauhidkan Allah. Kita melakukan sesuatu kerna taat, bukan kerna fadhilat, bukan kerna hikmah.
Tetapi tidaklah salah jika melakukan kajian sains utk meningkatkan iman dan taqwa kepada Allah. Ini kerna umat Islam sgt di galakkan utk mengkaji dan memahami alam demi mengagungkan kebesaran dan kebijaksaan Allah Taala. Harus mengkaji tetapi ingat matlamat tak menghalalkan cara. Perlu di ingat batasan ilmu kerna hanya Allah yg mempunyai ilmu maha luas.
"Akan Kami tunjukkan kepada mereka bukti-bukti kebenaran Kami di segenap penjuru dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelas bahawa al Quran itu benar." al-Fussilat, ayat 53
